assalamualaikum..

Wednesday 18 November 2015





RUMAH PALING MAHAL DI DUNIA$$

Entry kali ni kami nak bercerita sikit tentang home a.k.a  rumah paling mahal di dunia. Kau tengok font entry tuh ala-ala berhantu..(hantu duitt). First time tengok meleleh air liur…serius!!. Sumpah lawa gila sampai kau boleh bawak berangan dalam tidur nak dapat laki yang kaya-raya yang murah hati nak hadiahkan rumah cenggitu wehhh.  Huhuhu. Berangan je lebih kan jemah ni. Ni pasal terlebih tengok drama kat tv yang semua nak cerita pasal perempuan miskin kahwin ngan laki super kaya laa kononnya. Orait..lets go !
        NO. 5
The Penthouse at One Hyde Park


  Harga rumah mewah ini adalah $ 212,000,000.00 ataupun Rm923,790,000.11. Nak pengsan makcik dengar ! Penthouse ni dimiliki orang terkaya ke-4 di London. Keluasan bangunan ni adalah 16,000sq. Bangunan ini lengkap dgn ciri tingkap antipeluru, iris pengimbas dan "ruang kecemasan" untuk tujuan keselamatan dengan British SAS mengawasi seluruh bangunan. Amazing sangat kan : )

NO. 4
Henley Mansion di Berkshire, Inggeris

  
Rumah ke-4 termahal ini pulak dimiliki oleh jutawan Rusia dengan nilai $ 218,000,000.00 atau Rm950,915,825.60. Tak paham la diorang yang beli rumah ni memang banyak lombong emas agaknya..fuhh!.Rumah ala-ala istana ni berdekatan dengan Sungai Thames( Sungai Terpanjang London) dan paling penting gaiss dia punya pemandangan yang amazing,  mempunyai dua lapangan golf, sistem keselamatan, helipad, spa, dan pawagam rumah. Struktur rumah berumur 300-tahun lebih dengan pelbagai cerita dan menghantui masa lalu yang kelam. Scary pun ada kan.

NO. 3
Villa Leopolda


Villa ni dibina oleh Raja Leopold II dari Belgium pada tahun 1902, dengan 19 bilik tidur dan 50 tukang kebun penuh masa (boleh muat satu daerah ni hehehe ). Villa super-duper yg menakjubkan ni terletak di wilayah mewah iaitu Perancis Riviera dgn 29,000 meter persegi dan mempunyai salah satu pantai terbaik dilihat di selatan Perancis. By the way, Bill Gates (org terkaya di dunia) pernah jadi pemilik rumah ni ye korang..

NO. 2
Antilla

Rekod untuk rumah paling mahal di dunia ditubuhkan pada tahun 2009 ketika India Mukesh Ambani miltibillionaire pindah ke rumah baru mereka "Antilles" di Mumbai, India. Dibina sesuai dengan Vaastu Shastra, istana moden seluas 570 meter, 27 tingkat dengan enam tingkat tempat letak kereta, tingkat kesihatan dengan sauna, gym, dan "bilik sejuk", tahap ballroom, empat taman cerita dan lantai dengan bilik tidur dan Bilik mandi bersama dengan kakitangan sekitar 600. Setiap lantai adalah unik dalam reka bentuk kelihatan seperti rumah yang berbeza dengan setiap tingkat rumah berikutnya. Rumah ni berharga $ 1 billion atau Rm 4,361,044,802.64 (gigih guna money converter : (


NO. 1
Gold house


YES..ini dia saat yg kita nantikan. Top 1 Rumah Paling Mahal Di Dunia !!. Gold House dibina dgn kos lebih dari $ 12,200,000,000 atau Rm53,174,447,966.03 (saja kasi highlight sebab terlampau banyak smpai tak tau nak baca cane hahaha) oleh Raja Stuart Hughes Bling. Gold House terletak di sebuah lokasi rahsia di Switzerland. Dikenali sebagai "Rumah Emas",  pertama di dunia dengan 200.000 kilogram emas asli dan kelengkapan platinum dan kelengkapan dan lantai direka khas diperbuat daripada batu meteor dengan parutan asli tulang dinosaur T-Rex berusia 65 juta tahun yang melekat pada setiap jubin. Jangan tak tau ye uolls yg bukan setakat barang kemas je buat dari emas, rumah pun boleeehh.

Wokeyhhh setakat ni saje la entry pasal rumah. Whatever it is bersyukurlah dengan apa jua keadaan kita. Jangan jadi kufur nikmat. Please and please bersyukur tak kira macam mana keadaan or cantik ke tak rumah kita sekarang. Atleast ada jugak tempat berteduh.Actually entry rumah paling mahal ni just nak memberi inspirasi kepada akak-akak abang-abang kat luar sana serta diri kami sendiri untuk rajin berusaha kalau nak dapat sesuatu. Yup, Nothing Is Impossible.

No comments:

Post a Comment