assalamualaikum..

Tuesday 24 November 2015

assalamualaikum...
pada entry kali ni admin nak mengimbau kembali sejarah pasal Pulau Batu Puteh...siapa ingat pasal isu pulau batu putih??
ok...sebelum tu mari kita lihat rupa pulau batu puteh

pulau batu puteh


                                         rajah 1:  pulau batu putih

sebelum ini, pertikaian mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh tercetus pada 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru dan memasukkan Pulau Batu Puteh di dalam perairan wilayahnya
Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang) [1].
Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu PutehTemenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit.
Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka.
Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia. Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di dalam penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang akhirnya dengan persetujuan 12-4memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.
serba sedikit sejarah mengenai pulau batu puteh yang kita dapat lihat bagaimana pulau yang sebelum ini milik malaysia telah bertukar menjadi hak milik Singapura. maka dari itu marilah kita mengambil iktibar dari sejarah yang lalu..maaf sekiranya ada salah dan silap mengenai entry kali ini :)



 sumber dari :https://ms.wikipedia.org/wiki/Tuntutan_bertindih_mengenai_Pulau_Batu_Puteh

No comments:

Post a Comment