assalamualaikum..

Thursday 19 November 2015



Oke haii. Kali ni sis nak berceloteh pasai benda yang tengah hangat di pasaran tak lain tak bukan V.A.P.E. Actually vape ni bukan benda baru sebab kat luar negara tu jenuh dah org pakai benda alah ni. Cuma kat Malaysia benda ni jadi kecoh dan huru hara maybe sebab attitude golongan vapers ni agak buruk pada pendapat kitorang laa..jangan bash hehe. Ni berdasarkan pengalaman salah seorg sis yg pernah melepak kat tempat makan kat Putrajaya (tak ingat nama apa) dan tetiba ada sorang mamat ni dia duduk meja sebelah kawan sis. Yg rasa nk mengamuk sebab ape geng ? Kau rase? Haa..mmg kurang ajaq tau dak mamat nih pi sembur asap vape tuh dekat ngan kawan sis..nak2 pulak dia duduk dekat bwh kipas..mmg haru la asap dia mak oiii. Tak tau perisa apa dia pakai noh..tak respect org langsung ! (Marah ni :x).
So before kita sambung cite pasal vape ni meh sis nak habaq kat hangpa semua yg tak tau ape benda vape tuh. Vape atau Personalized Vaporized (PV) adalah sejenis rokok elektrik-alternatif utk produk tembakau merokok. Dalam beberapa tahun terakhir, pengunaan vape meningkat secara luas di seluruh dunia sebagai alternatif yang lebih selamat dari merokok. Sesuai dengan namanya, “asap” dari rokok elektrik ini adalah “wap” yang tidak mengandung tar ataupun karsinogen (penyebab kanser) yang biasa ditemui dalam rokok tembakau.  Vape ni terdiri drpd 3 bhgian utama: Mods (tempat bateri),atomizers (bhgian yang membuat asap), dan eJuice (refill yang memberikan rasa dan nikotin).


 ini lah benda yang kita panggil VAPE dgn pelbagai perisa

Eventhough vape ni dikatakan ‘SELAMAT’ dan dikatakan boleh bantu mereka yg nak berhenti merokok, isu  ni still jadi pendebatan dlm kalangan saintis dan pakar perubatan. Yg peliknya vape ni jugak menyebabkan golongan yg tak pernah merokok start hisap vape. Dan yg paling menakutkan akak2 kita yg pompuan p nada hati nak hisap vape ni haa..buruk tau dak ! memangla setiap org ada pendapat masing-masing, tapi pada sis vape ni sedikit sebyk menjatuhkan imej Negara Islam.
Latest BH online bertarikh  hari ni 19.11.15  menyebut tentang pengharaman vape di universiti. Tapi benda ni still dalam pertimbangan oleh KPT. Pada pndapat sis, mmg elok lah di kuatkuasakan perkara ni. Usah biarkan kampus anda diselubungi asap vape ! Hehehe. Bukan apa, cukup2 la pencemaran yg kita lakukan kat muka bumi Allah ni, jgn smpai satu tahap berlaku apa2 disebabkan oleh benda ni. MashaAllah..mintak dijauhkan. Tapi ni hanya pndgn sis, nak terima or tak nak its up on your own la gaiss. Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.





 Sumber :



No comments:

Post a Comment