assalamualaikum..

Wednesday 18 November 2015

Assalamualaikum gaiss…..lama betul kiteorg tak update blog nih…haa!!! kali ni admin nak cerita pasal lunaskan hutang melalui strategi bersedekah..sedekah ni amalan mulia..
Sebelum tu kita kenalah hayati pesanan Allah tentang hutang.. Allah suka bila kita memberi penangguhan kepada orang yang berada dalam kesusahan..pesan Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 280;

“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan, dan menyedekahkan  (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”.

Selepas tu, kita paham pulak pesan nabi kita tentang hutang.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya; ‘Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan semula lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan’. (HR. Ahmad)

Haa..amacam paham tak..maka sedarlah kita bahawa hutang mestilah dilangsaikan no matter what sebelum kita semua meninggalkan dunia yang sementara nih..bukan ape lah kan..kadang-kadang kita ni mesti akan ada hutang walaupun jumlahnya kecik je. Let’s say RM5 la mesti nak berhutang jugak dengan kawan-kawan..

Okay, strategi yang pertama…pasakkan dalam fikiran kita, sebesar mana pun hutang kita, sesungguhnya Allah lebih besar. Ya, Allahuakbar, Allah Maha Besar..Sebesar manapun masalah kita, sesungguhnya bantuan Allah saaaangatt hampir saaangat dekat..Yang seterusnya, kita mestilah sematkan dalam minda bahawa setiap kebajikan yang kita buat akan digandakan sekurang-kurangnya 10 kali ganda..

Nah, kalau hutang korang RM1000..so, jalan untuk bersedekah adalah sebanyak RM10000.. sebab apa??? Sebab forrrrmulanya senang je.
ü  RM1000 x 10 = RM10000.




Sikit la tips kalau tak nak berhutang.

  •  Beli sesuatu dengan tunai (kalau tak mampu sabar dan terus menyimpan)
  • Hidup di bawah kemampuan bukan ikut kemampuan (ikut pendapatan..belanja ikut kemampuan bukan kemahuan)
  •  Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit (menabung la ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit)
  •  Bina pendapatan kedua (buat bisnes..jual topup ke, bisnes online ke ataupun jual sosej..hehee)

wallahualam..

No comments:

Post a Comment