assalamualaikum..

Wednesday, 28 October 2015



pisang goreng cheese yang terhangat di pasaran : )



haa..entry kali ni pasal pisang goreng cheese yang kebaboom tengah hot di pasaran. TERLAJAK LARISSSS hehehe
so kat atas ni video untuk akak- akak jemah yang super fanatik nak makan pisang goreng cheese tapi malas nak beli (padahal sayang duit ) . Senang je nak buat rupanya..sekelip mata pun boleh jadi ! Cayalah

Resepi pun kami includekan untuk akak-akak yang sayang data internet nak bukak video kat atas. Pemalas sangat korang ni kann..hehehe.

makan biar berpada okay !

PISANG GORENG CHEESE


Pisang Goreng
Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur 
Bahan Sos dan Topping
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan
Cara Masak :
1. Goreng dulu pisang bersama bahan-bahan yg disenaraikan.
2. Cairkan butter dalam kuali. Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju then kacau rata.

3. Next, masukkan pisang yang telah siap digoreng tadi dan gaul rata.
4. Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
5. Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan. SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment