assalamualaikum..

Tuesday, 27 October 2015

Kelebihan Waktu Solat

Assalamualaikum…
Alhamdulillah dengan terbentuknya blog ini, maka terlaksanalah tugasan yang telah di pertanggungjawabkan kepada kami….
Dengan terbentuknya blog ini, maka akan ada beberapa pengisian yang akan di kongsikan. 

PERKARA APAKAH YANG DIKONGSIKAN ITU??

Kami agak tertarik dengan perkara berikut iaitu berkaitan KELEBIHAN SOLAT DI AWAL WAKTU....ia berkenaan keadaan alam ketika azan berkumandang, persekitaran alam akan memberi manfaat pada kita tanpa kita ketahuinya….

Tanpa kita sedari….setiap waktu solat ni, ada tarikannya yang tersendiri….
Haaa…mesti rasa macam tertanya –tanya kan??? Mmm…
Mari kita lihat di bawah ini mengenai kelebihan bangun solat di awal waktu

Waktu subuh
Pada waktu subuh, alam akan berada dalam spectrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi system metabolisme tubuh.

Maka, warna biru muda atau subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar dan rezeki dan komunikasi.

Sebagai contoh adalah rezeki kesihatan…seperti yang kita ketahui, kesihatan merupakan 1 nikmat yang di berikan kepada kita….jika tidak di gunakan dengan sebaiknya maka akan rugilah mereka..

KESIHATAN
Waktu solat subuh yang datang pada waktu fajar dan sebelum matahari terbit adalah sebaik – baik waktu bagi kesihatan kerana…pada ketika ini udara bersih..

untuk mendirikan solat, seseorang itu akan bangun tidur di awal pagi serta dalam keadaan berwuduk akan berjalan ke masjid ini dengan sendirinya,
 tanpa sedar bahawa telah memulakan kehidupan pada pagi itu dengan proses pembersihan diri dan melakukan sedikit riadah yang diperlukan oleh tubuh.

Perbuatan ini menimbulkan semangat, kesegaran dan membuang sifat malas.

Mereka yang sering meninggalkan waktu subuh atau terlewat berulang-kali akan menyebabkan mereka menghadapi masalah komunikasi dan rezeki…

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa)
dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
selain itu, solat zohor juga berfungsi sebagai penenang di kala kita kelaparan…
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Waktu Asar 
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak 
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail 
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. maka dengan itu, kita seharusnya berusaha untuk menambahkan amal kita dengan mengawalkan waktu solat supaya kita dapat manfaat daripada persekitaran...
terima kasih :) 


Alam Solat

Aura Warna



No comments:

Post a Comment