assalamualaikum..

Wednesday, 28 October 2015

PASAL HAK MILIK STRATA.
ok hai !! Kami berasa terpanggil untuk sharing pasal satu isu tanah yang agak ‘hot’ sehot pisang goreng cheese di negara kita iaitu Hakmilik Strata. Hakmilik Strata ? First time dengar blank la jugak kan. Come, let us help you there yang dah tak sabar nak tau ape benda lah Hakmilik Strata. Meh kami habaq mai sikit kat uolls.

Gambar Buku Akta Hakmilik Strata bagi uolls yang berminat nak beli or buat rujukan terutamanya budak-budak yang ambil kos berkaitan tanah. Boleh beli dekat MPH Bookstore, Pelangi dan sebagainya.
  

So, jom kita dicover question and answer pasal Hakmilik Strata. Meh nak habaq sikit dekat hangpa :)
 Apa itu Hakmilik Strata?

J: Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah yang unit-unitnya telah dijual.  Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak. Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Townhouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.



Gambar kat atas ni nak habaq bukan gambar tempat buat roti tau! hehehe. Ni just illustration utk tunjuk yang dalam setiap pembahagian tingkat terdapat pecahan unit dan petak lagi yang of course berpemilikan lain-lain tuan.

  Mengapa Perlu Hakmilik Strata?

J: Hakmilik Strata perlu ada kerana :
  • Untuk menjaga kepentingan kuasa pemilik petak (pembeli) untuk urusan urusniaga (pindahmilik, gadaian, pajakan dll). Selain daripada itu:-
  • Menjadi rekod /bukti yang sah bagi menunjukkan petak tersebut adalah kepunyaan pemilik petak (pembeli);
  • Memudahkan urusan jual-beli, pinjaman bank, urusan kematian/pembahagian pesaka.

   Apa Hak Pemilik Sebagai Pemilik Petak?
Seperti yang kita sedia maklum, pemilik juga mempunyai hak sebagai pemilik petak.  Korang tahu ke petak tu macam mana ? Hmm petak ni bukan sekadar petak yang korang imagine eh.  Jangan imagine petak bentuk 4 segi tu pulak hahaha. Sila guna khidmat bomoh google kalau tak tahu. Disebabkan kitorang agak “kindhearted person” so kitorang isi la gambar nak tunjuk kat hangpa semua petak dalam hakmilik strata.



Cenggini lah petak a.k.a  unit strata. Gambar kat atas kitorang google :)
Baca jangan tak baca !
 J: Hak-hak pemilik petak termasuk:-
  • Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya.
  • Hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa, dengan syarat semua caruman kepada kumpulan wang pengurusan perbadanan telah dibayar.
  • Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan.
  • Hak kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, system perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain.
  • Hak untuk meneliti rekod dan akaun perbadanan pengurusan.
Selain tu jugak, pemilik petak ni ada tanggungjawab tersendiri macam kita la kan datang sekolah tanggungjawab utama nak BELAJAR la konon. So, macam tu la jugak dengan pemilik petak ni uolls. Disebabkan kitorang ni  jenis pemalas yang tahap nauzubillah, kitorang share yg simple simple je eh. Nak lebih sila guna pak cik Google OK ! Tanggungjawab pemilik petak termasuklah bayar amaun caruman KWSP, mematuhi undang-undang kecil sedang berkuatkuasa dan hadir Mesyuarat Agung Tahunan  dan mesyuarat agung luar biasa. Kat bawah ni pulak kitorang selit sikit pasal harta bersama.
Harta Bersama : semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori  contoh: seperti tangga, bumbung, taman dan sebagainya.


Gambar: contoh taman riadah, playground dan swimming pool untuk digunakan bersama oleh setiap penghuni/ tuan petak.

Ok dah panjang sangat mengomel kat blog ni kan. Maybe boleh sambung Part 2? Hahaha. THANKS SUDI BACA.LOVE U TO THE MOON GUYS :)



RUJUKAN;

http://ptg.selangor.gov.my/ms/bahagian-hakmilik-strata

No comments:

Post a Comment