Assalamualaikum…
Alhamdulillah dengan terbentuknya blog ini, maka terlaksanalah
tugasan yang telah di pertanggungjawabkan kepada kami….
Dengan terbentuknya blog ini, maka akan ada beberapa pengisian
yang akan di kongsikan.
PERKARA APAKAH YANG DIKONGSIKAN ITU??
Kami agak tertarik dengan perkara berikut iaitu berkaitan KELEBIHAN
SOLAT DI AWAL WAKTU....ia berkenaan keadaan alam ketika azan berkumandang,
persekitaran alam akan memberi manfaat pada kita tanpa kita ketahuinya….
Tanpa kita sedari….setiap waktu solat ni, ada tarikannya yang
tersendiri….
Haaa…mesti rasa macam tertanya –tanya kan??? Mmm…
Mari kita lihat di bawah ini mengenai kelebihan bangun solat di
awal waktu
Waktu subuh
Pada waktu subuh, alam akan berada dalam spectrum warna biru
muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi system
metabolisme tubuh.
Maka, warna biru muda atau subuh mempunyai rahsia berkaitan
dengan penawar dan rezeki dan komunikasi.
Sebagai contoh adalah rezeki kesihatan…seperti yang kita
ketahui, kesihatan merupakan 1 nikmat yang di berikan kepada kita….jika tidak
di gunakan dengan sebaiknya maka akan rugilah mereka..
KESIHATAN
Waktu solat subuh yang datang pada waktu fajar dan sebelum
matahari terbit adalah sebaik – baik waktu bagi kesihatan kerana…pada ketika
ini udara bersih..
untuk mendirikan solat, seseorang itu akan bangun tidur di awal
pagi serta dalam keadaan berwuduk akan berjalan ke masjid ini dengan
sendirinya,
tanpa sedar bahawa telah memulakan kehidupan pada pagi itu
dengan proses pembersihan diri dan melakukan sedikit riadah yang diperlukan
oleh tubuh.
Perbuatan ini menimbulkan semangat, kesegaran dan membuang sifat
malas.
Mereka yang sering meninggalkan waktu subuh atau terlewat
berulang-kali akan menyebabkan mereka menghadapi masalah komunikasi dan rezeki…
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh
tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa)
dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada
pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu
rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak
optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq &
Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
selain itu, solat zohor juga berfungsi sebagai penenang di kala kita kelaparan…
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali
dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,
uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih
malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur
la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh
organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada
waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku
pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada
frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam
Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh
berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam
waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan
inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti
taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke
atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana
Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. maka dengan itu, kita
seharusnya berusaha untuk menambahkan amal kita dengan mengawalkan waktu solat
supaya kita dapat manfaat daripada persekitaran...
terima kasih :)
|
Alam Solat |
|
Aura Warna |