Assalamualaikum. Hi. Kami nak cerita sikit tentang tema dinner sebab ramai yang tanya macam mana nak pilih confuse nak pilih yang mana. Firstly kena lah tengok tema last year atau last 2 year punya. So tak ada lah tetamu yang nak datang tu complain "last year dah buat macam ni" tak best la, macam tade tema lain je". Jadi, pilih tema yang boleh menarik perhatian tetamu nak datang dan memeriahkan lagi majlis kita.
Antara tema-tema dinner:-
Colour Blocking
Stylo Stylista
Kesultanan Melayu ( tradisional)
Glitter and Glamour
Black and Gold
Black and White
Superheroes
Smart Casual
Masquerade
Garden
Back to School
English Style
Kenduri Kahwin
Bollywood
Rock and Roll
Remeo Juliet ( Malam pesta muda mudi)
Specky Night
Princess Night (khusus dinner perempuan sahaja)
Candle Light dinner
Maskot
Harry Potter
Arabic Night
Witch
Belanja sikit la Majlis Makan Malam Suasahabat KTF 2015. Tema Colur Blocking ( tak bloking sangat pun) hehehe tp masa ni la untuk penuhkan memori telefon dengan gambaq.
Saturday, 5 December 2015
PECAH SEMPADAN
Kami nak habaq sikit na tentang peruntukan-peruntukan
pecah sempadan dan syarat-syarat kelulusan pecah sempadan..almaklumlah belajar
pun pasal pentabiran tanah so kenalah cita pasal tanah semua nih…
Firstly, tanah sempadan ni
termasuklah apa-apa batu ukur, paip besi atau pepaku, pancang atau tiang kayu,
tiang atau pilar konkrit atau lain-lain tanda yang digunakan bagi maksud menandakan
sempadan-sempadan – Seksyen 5, KTN..Pecah sempadan ni didefinisikan sebagai Tanah
hakmilik Pejabat Berdaftar atau Pejabat Tanah dipecah kepada dua atau lebih
supaya tiap-tiap satu dipegang dibawah hakmilik berasingan oleh tuan punya yang
sama (seorang pemilik) atau tuan punya bersama yang sama (lebih dari satu
pemilik)- seksyen 135(1) KTN..
Bab 1 Bahagian 9 KTN adalah
peruntukan mengenai pecah sempadan yang biasanya digunakan bagi kes-kes mudah
seperti memecah sempadan tanah kepada beberapa umpukan untuk tujuan kegunaan
yang sama..
Terdapat juga
peruntukan-peruntukan yang lain yang boleh digunapakai seperti seksye 124A KTN
iaitu permohonan serentak untuk pecah sempadan dan pengubahan syarat dan
sebagainya atau seksyen 204D KTN iaitu penyerahan dan pemberimilikan semula –
peruntukan-peruntukan khas.
Antara syarat-syarat kelulusan
pecah sempadan dibawah seksyen 136(1) KTN adalah:-
·
Tidak melanggar
sekatan kepentingan.
·
Tidak bertentangan
dengan undang-undang lain yang berkuatkuasa.
·
Kelulusan pihak
berkuasa perancangan.
·
Tidak berlawanan
dengan apa-apa rancangan yang diluluskan oleh PBN atau pihak berkuasa
perancangan.
·
Pemilik bersetuju
delam permohonannya kawasan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan
untuk tujuan awam.
Kuasa yang meluluskan
permohonan:-
1.
Sepertimana yang
diperuntukkan dalam seksyen 135(2) KTN, sekiranya tiada arahan yang berlawanan
oleh PBN, maka tiada kelulusan pecah sempadan hendaklah diberikan oleh PTG bagi
tanah yang dipegang dibawah hakmilik pebdaftar dan oleh Pentadbir Tanah bagi
tanah yang dipegang dibawah hakmilik pejabat tanah.
2.
Jika terdapat
arahan yang berlawanan dari PBN bermakna kelulusan pecah sempadan adalah oleh
PBN sendiri atau wakilnya.
Kami harap la pengisian tentang pecah
sempadan sedikit membantu menambahkan pengetahuan tentang peruntukkan-peruntukan
pecah sempadan.
Infrastuktur Data Spatial
Hai korang…kali ni nak cite pasal infrastruktur
data spatial..before tu kena la faham beberapa istilah atau pengertian apa yang
dikatakan dengan data spatial.
Data
spatial adalah data berasaskan ruang dimana menunjukkan lokasi objek
tertentu di atas permukaan bumi dalam
konteks ruang dan lokasi.
Data
geospatial pula adalah data tentang lokasi geografi, dimensi atau ukuran,
dan/atau ciri-ciri objek alam dan/atau buatan manusia yang berada di bawah,
pada, atau di atas permukaan bumi. Infrastruktur
data spatial (SDI) adalah pelaksanaan
infrasturktur data dalam keerangka data geografi, metadata, pengguna dan
alat secara interaktif berhubung dengan rangka penggunaan data spatial yang
efisien dan fleksibel. Maksud lainnya adalah proses integrasi di antara
teknologi, dasar, piawaian, su,ber dan aktiviti yang diperlukan lainnya untuk
mendapatkan, mengolah, menggunakan, mengelola serta menjaga data spatial.
3 elemen spatial:-
1) Titik (points) - elemen yang paling ringkas
2) Garisan (Lines) - suatu set titik yang bersambung
3) Poligon (Polygon) - suatu set garis yang bersambung
Kenapa SDI diperlukan????
·
Efficiency (Keberkesanan) – banyak pihak baik agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang melaklukan aktiviti perolehan, penggunaan dan pegedaran data
spatial berasingan.
·
Transparency (Ketelusan) – kebanyakkan sata spatial merupakan data-data
yang dikongsi secara umum sebagai sebahagian daripada ketelusan.
Wednesday, 2 December 2015
PERKARA YANG ANDA LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA TENTANG TANAH.
1. UNDANG-UNDANG.
Yes..first and foremost, undang-undang tanah yang paling utama di Semenanjung Malaysia adalah Kanun Tanah Negara (berkuatkuasa pada 1 Jan 1966 ). Kalau kita flashback sikit tentang sistem pemegangan tanah di Malaysia, sebelum 1 Jan 1966, 11 buah negeri Semenanjung Malaysia ada 2 sistem pemegangan tanah yg berbeza.
Berbeza yg bagaimana ?
Perhatikan rajah di bawah untuk penjelasan lanjut.
As easy as ABC, maka kami buatkan penjelasan tentang KTN secara lebih mudah menggunakan visual description. Tengok jangan tak tengok, baca jangan tak baca : )
NAMA
|
MAKLUMAT
|
Digubal
§ berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang,Perak dan Selangor
sebelum 1 Januari 1966)
§ pada tahun 1963 dan dikuatkuasa pada 1 Januari 1966.
Tujuan
hapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka.
Kesan
kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1 Januari 1996 . Ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai sistem Torrens. (Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan undang-undang tanahnya sendiri).
|
Got It ? Simple sangat kan..hehehe. Penting untuk kita tahu tentang KTN dan Akta KTN sebab ianya asas undang-undang tanah negara kita. What if someday org asing tanya kita tentang sistem pentadbiran tanah Malaysia dan kita masih blurr time tu?
MALU LA. BENDA SIMPLE PUN TAK TAHU
2. SISTEM TORRENS
Awak semua nampak tak map kat atas ni ? Kalau yg belum tahu lagi, Sistem Torrens berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan dengan mengambil sempena Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan dalam tahun1858. Kemudiannya ia berkembang ke seluruh Australia dan kepada banyak bahagian–bahagian lain dalam dunia. Hebat kan permainan dia ? Jauh merantau sistem ini sebelum diperkenalkan di Malaysia.
By the way,
APAKAH PRINSIP DI BAWAH SISTEM INI ?
PRINSIP CERMIN + PRINSIP TABIR = SISTEM TORRENS
PRINSIP CERMIN
- mencerminkan dalam rekod apa-apa yang ada di atas tanah. Perkara-perkara yang dicerminkan termasuklah: Luas tanah, letakan : (No Lot, Mukim dan Daerah) , kategori tanah , syarat nyata / jenis bangunan dan sempadan.
- Dikanunkan oleh KTN 1965 melalui Seksyen 340.
- Apabila hakmilik didaftarkan, pihak pembeli akan perolehi hakmilik yg tidak boleh disangkal kecuali jika terdapat penipuan.
PRINSIP TABIR.
- Pembeli dapatkan maklumat berkenaan hakmilik hanya dari maklumat pendaftaran. Tidak perlu melihat disebelah tadbir atau tidak perlu dibuat siasatan siapa tuan tanah sebelumnya.
- KTN tidak mengiktiraf hakmilik ke atas tanah dgn cara pendudukan lama (adversed possession). Sungguhpun A telah menyewa tanah B selama lebih 10 tahun tahun, tidak bermakna B akn kehilangan haknya ke atas tanah itu hanya kerana A telah duduk begitu lama.
Kerana apa ?
Kerana tanah adalah sebahagian dari manusia yang sgt berharga :)
Bagaimana? Teruskan bacaan.
assalamualaikum semua!!! hai...hari ni admin nak kongsi sikit..
mmm..sebenarnya kann..lebih kepada peringatan untuk diri..
admin ada dengar satu tazkirah mengenai hati...ya..hati manusia..
manusia ni kalau hati dia kotor
dia akan cerita keburukan orang,
kalau hati dia bersih,
dia tak suka cerita
jadi kalau kita nak kenal hati ni bersih atau tak..
tengok sama ada kita suka cerita buruk orang
atau tumpang dengar
maka dengan itu tahulah hati itu bersih atau tidak...
maka dengan itu marilah kita muhasabah diri sebelum tidur.. jangan lupa maafkan orang sebelum kita tidur..bye semua... assalamualaikum
Tuesday, 24 November 2015
assalamualaikum...
pada entry kali ni admin nak mengimbau kembali sejarah pasal Pulau Batu Puteh...siapa ingat pasal isu pulau batu putih??
ok...sebelum tu mari kita lihat rupa pulau batu puteh
rajah 1: pulau batu putih
sebelum ini, pertikaian mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh tercetus pada 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru dan memasukkan Pulau Batu Puteh di dalam perairan wilayahnya
Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang) [1].
pada entry kali ni admin nak mengimbau kembali sejarah pasal Pulau Batu Puteh...siapa ingat pasal isu pulau batu putih??
ok...sebelum tu mari kita lihat rupa pulau batu puteh
pulau batu puteh
sebelum ini, pertikaian mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh tercetus pada 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru dan memasukkan Pulau Batu Puteh di dalam perairan wilayahnya
Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang) [1].
Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Puteh. Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit.
Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka.
Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia. Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di dalam penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang akhirnya dengan persetujuan 12-4memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.
serba sedikit sejarah mengenai pulau batu puteh yang kita dapat lihat bagaimana pulau yang sebelum ini milik malaysia telah bertukar menjadi hak milik Singapura. maka dari itu marilah kita mengambil iktibar dari sejarah yang lalu..maaf sekiranya ada salah dan silap mengenai entry kali ini :)
sumber dari :https://ms.wikipedia.org/wiki/Tuntutan_bertindih_mengenai_Pulau_Batu_Puteh
Thursday, 19 November 2015
Oke haii.
Kali ni sis nak berceloteh pasai benda yang tengah hangat di pasaran tak lain
tak bukan V.A.P.E. Actually vape ni bukan benda baru sebab kat luar negara tu jenuh
dah org pakai benda alah ni. Cuma kat Malaysia benda ni jadi kecoh dan huru
hara maybe sebab attitude golongan vapers ni agak buruk pada pendapat kitorang
laa..jangan bash hehe. Ni berdasarkan pengalaman salah seorg sis yg pernah
melepak kat tempat makan kat Putrajaya (tak ingat nama apa) dan tetiba ada
sorang mamat ni dia duduk meja sebelah kawan sis. Yg rasa nk mengamuk sebab ape
geng ? Kau rase? Haa..mmg kurang ajaq tau dak mamat nih pi sembur asap vape tuh
dekat ngan kawan sis..nak2 pulak dia duduk dekat bwh kipas..mmg haru la asap
dia mak oiii. Tak tau perisa apa dia pakai noh..tak respect org langsung !
(Marah ni :x).
So before kita sambung cite pasal vape
ni meh sis nak habaq kat hangpa semua yg tak tau ape benda vape tuh. Vape atau Personalized Vaporized (PV) adalah sejenis
rokok elektrik-alternatif utk produk tembakau merokok. Dalam
beberapa tahun terakhir, pengunaan vape meningkat secara luas di seluruh dunia
sebagai alternatif yang lebih selamat dari merokok. Sesuai dengan namanya,
“asap” dari rokok elektrik ini adalah “wap” yang tidak mengandung tar ataupun
karsinogen (penyebab kanser) yang biasa ditemui dalam rokok tembakau. Vape ni terdiri drpd 3 bhgian utama: Mods (tempat bateri),atomizers (bhgian yang membuat asap), dan eJuice (refill yang memberikan rasa dan
nikotin).
ini lah benda yang kita panggil VAPE dgn pelbagai perisa
Eventhough
vape ni dikatakan ‘SELAMAT’ dan dikatakan boleh bantu mereka yg nak berhenti
merokok, isu ni still jadi pendebatan
dlm kalangan saintis dan pakar perubatan. Yg peliknya vape ni jugak menyebabkan
golongan yg tak pernah merokok start hisap vape. Dan yg paling menakutkan akak2
kita yg pompuan p nada hati nak hisap vape ni haa..buruk tau dak ! memangla setiap
org ada pendapat masing-masing, tapi pada sis vape ni sedikit sebyk menjatuhkan
imej Negara Islam.
Latest
BH online bertarikh hari ni
19.11.15 menyebut tentang pengharaman
vape di universiti. Tapi benda ni still dalam pertimbangan oleh KPT. Pada
pndapat sis, mmg elok lah di kuatkuasakan perkara ni. Usah biarkan kampus anda
diselubungi asap vape ! Hehehe. Bukan apa, cukup2 la pencemaran yg kita lakukan
kat muka bumi Allah ni, jgn smpai satu tahap berlaku apa2 disebabkan oleh benda
ni. MashaAllah..mintak dijauhkan. Tapi ni hanya pndgn sis, nak terima or tak
nak its up on your own la gaiss. Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.
Wednesday, 18 November 2015
RUMAH PALING MAHAL DI DUNIA$$
Entry
kali ni kami nak bercerita sikit tentang home a.k.a rumah paling mahal di dunia. Kau tengok font
entry tuh ala-ala berhantu..(hantu duitt). First time tengok meleleh air liur…serius!!.
Sumpah lawa gila sampai kau boleh bawak berangan dalam tidur nak dapat laki
yang kaya-raya yang murah hati nak hadiahkan rumah cenggitu wehhh. Huhuhu. Berangan je lebih kan jemah ni. Ni pasal
terlebih tengok drama kat tv yang semua nak cerita pasal perempuan miskin
kahwin ngan laki super kaya laa kononnya. Orait..lets go !
NO. 5
The Penthouse at One Hyde Park
Harga rumah mewah ini adalah $ 212,000,000.00 ataupun Rm923,790,000.11.
Nak pengsan makcik dengar ! Penthouse ni dimiliki orang terkaya ke-4 di London.
Keluasan bangunan ni adalah 16,000sq. Bangunan ini lengkap dgn ciri tingkap
antipeluru, iris pengimbas dan "ruang kecemasan" untuk tujuan
keselamatan dengan British SAS mengawasi seluruh bangunan. Amazing sangat kan :
)
NO. 4
Henley Mansion
di Berkshire, Inggeris
Rumah ke-4 termahal ini pulak dimiliki oleh
jutawan Rusia dengan nilai $ 218,000,000.00 atau Rm950,915,825.60. Tak paham la
diorang yang beli rumah ni memang banyak lombong emas agaknya..fuhh!.Rumah
ala-ala istana ni berdekatan dengan Sungai Thames( Sungai Terpanjang London)
dan paling penting gaiss dia punya pemandangan yang amazing, mempunyai dua lapangan golf, sistem
keselamatan, helipad, spa, dan pawagam rumah. Struktur rumah berumur 300-tahun
lebih dengan pelbagai cerita dan menghantui masa lalu yang kelam. Scary pun ada
kan.
NO. 3
Villa Leopolda
Villa ni dibina oleh Raja Leopold II dari Belgium
pada tahun 1902, dengan 19 bilik tidur dan 50 tukang kebun penuh masa (boleh
muat satu daerah ni hehehe ). Villa super-duper yg menakjubkan ni terletak di
wilayah mewah iaitu Perancis Riviera dgn 29,000 meter persegi dan mempunyai
salah satu pantai terbaik dilihat di selatan Perancis. By the way, Bill Gates
(org terkaya di dunia) pernah jadi pemilik rumah ni ye korang..
NO. 2
Antilla
Rekod untuk rumah paling mahal di dunia
ditubuhkan pada tahun 2009 ketika India Mukesh Ambani miltibillionaire pindah
ke rumah baru mereka "Antilles" di Mumbai, India. Dibina sesuai
dengan Vaastu Shastra, istana moden seluas 570 meter, 27 tingkat dengan enam
tingkat tempat letak kereta, tingkat kesihatan dengan sauna, gym, dan
"bilik sejuk", tahap ballroom, empat taman cerita dan lantai dengan
bilik tidur dan Bilik mandi bersama dengan kakitangan sekitar 600. Setiap
lantai adalah unik dalam reka bentuk kelihatan seperti rumah yang berbeza dengan
setiap tingkat rumah berikutnya. Rumah ni berharga $ 1 billion atau Rm 4,361,044,802.64
(gigih guna money converter : (
NO. 1
Gold house
YES..ini dia saat yg kita nantikan. Top 1 Rumah
Paling Mahal Di Dunia !!. Gold House dibina dgn kos lebih dari $ 12,200,000,000
atau Rm53,174,447,966.03 (saja kasi highlight sebab
terlampau banyak smpai tak tau nak baca cane hahaha) oleh Raja Stuart Hughes Bling. Gold House terletak di sebuah lokasi
rahsia di Switzerland. Dikenali sebagai "Rumah Emas", pertama di dunia dengan 200.000 kilogram emas
asli dan kelengkapan platinum dan kelengkapan dan lantai direka khas diperbuat
daripada batu meteor dengan parutan asli tulang dinosaur T-Rex berusia 65 juta
tahun yang melekat pada setiap jubin. Jangan tak tau ye uolls yg bukan setakat
barang kemas je buat dari emas, rumah pun boleeehh.
Wokeyhhh setakat ni saje la entry pasal rumah. Whatever
it is bersyukurlah dengan apa jua keadaan kita. Jangan jadi kufur nikmat.
Please and please bersyukur tak kira macam mana keadaan or cantik ke tak rumah
kita sekarang. Atleast ada jugak tempat berteduh.Actually entry rumah paling
mahal ni just nak memberi inspirasi kepada akak-akak abang-abang kat luar sana
serta diri kami sendiri untuk rajin berusaha kalau nak dapat sesuatu. Yup,
Nothing Is Impossible.
Assalamualaikum gaiss…..lama
betul kiteorg tak update blog nih…haa!!! kali ni admin nak cerita pasal lunaskan
hutang melalui strategi bersedekah..sedekah ni amalan mulia..
Sebelum tu kita kenalah hayati
pesanan Allah tentang hutang.. Allah suka bila kita memberi penangguhan kepada
orang yang berada dalam kesusahan..pesan Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat
280;
“Dan jika
(orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia
berkelapangan, dan menyedekahkan
(sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu
mengetahui”.
Selepas tu, kita paham pulak
pesan nabi kita tentang hutang.
Sabda
Rasulullah s.a.w. maksudnya; ‘Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya
seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan semula lagi,
lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan
masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan’. (HR. Ahmad)
Haa..amacam
paham tak..maka sedarlah kita bahawa hutang mestilah dilangsaikan no matter
what sebelum kita semua meninggalkan dunia yang sementara nih..bukan ape lah
kan..kadang-kadang kita ni mesti akan ada hutang walaupun jumlahnya kecik je. Let’s
say RM5 la mesti nak berhutang jugak dengan kawan-kawan..
Okay, strategi yang pertama…pasakkan
dalam fikiran kita, sebesar mana pun hutang kita, sesungguhnya Allah lebih
besar. Ya, Allahuakbar, Allah Maha Besar..Sebesar manapun masalah kita,
sesungguhnya bantuan Allah saaaangatt hampir saaangat dekat..Yang seterusnya,
kita mestilah sematkan dalam minda bahawa setiap kebajikan yang kita buat akan
digandakan sekurang-kurangnya 10 kali ganda..
Nah, kalau hutang korang RM1000..so,
jalan untuk bersedekah adalah sebanyak RM10000.. sebab apa??? Sebab forrrrmulanya
senang je.
ΓΌ
RM1000
x 10 = RM10000.
Sikit la tips kalau tak nak
berhutang.
- Beli sesuatu dengan tunai (kalau tak mampu sabar dan terus menyimpan)
- Hidup di bawah kemampuan bukan ikut kemampuan (ikut pendapatan..belanja ikut kemampuan bukan kemahuan)
- Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit (menabung la ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit)
- Bina pendapatan kedua (buat bisnes..jual topup ke, bisnes online ke ataupun jual sosej..hehee)
wallahualam..
Wednesday, 28 October 2015
pisang goreng cheese yang terhangat di pasaran : )
haa..entry kali
ni pasal pisang goreng cheese yang kebaboom tengah hot di pasaran. TERLAJAK
LARISSSS hehehe
so kat atas ni
video untuk akak- akak jemah yang super fanatik nak makan pisang goreng cheese
tapi malas nak beli (padahal sayang duit ) . Senang je nak buat
rupanya..sekelip mata pun boleh jadi ! Cayalah
Resepi pun kami
includekan untuk akak-akak yang sayang data internet nak bukak video kat atas.
Pemalas sangat korang ni kann..hehehe.
makan biar
berpada okay !
PISANG GORENG CHEESE
Pisang Goreng
Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur
Bahan Sos dan Topping
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan
Cara Masak :
1. Goreng dulu pisang bersama bahan-bahan yg
disenaraikan.
2. Cairkan butter dalam kuali. Tutup api
bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju then kacau rata.
3. Next, masukkan pisang yang telah siap digoreng tadi dan
gaul rata.
4. Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
5. Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan. SELAMAT MENCUBA :)
4. Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
5. Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan. SELAMAT MENCUBA :)
Subscribe to:
Posts (Atom)