assalamualaikum..

Wednesday, 2 December 2015

PERKARA YANG ANDA LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA TENTANG TANAH.
1.   UNDANG-UNDANG.
Yes..first and foremost, undang-undang tanah yang paling utama di Semenanjung Malaysia adalah Kanun Tanah Negara (berkuatkuasa pada 1 Jan 1966 ). Kalau kita flashback sikit tentang sistem pemegangan tanah di Malaysia, sebelum 1 Jan 1966,  11 buah negeri Semenanjung Malaysia ada 2 sistem pemegangan tanah yg berbeza.
Berbeza yg bagaimana ?
Perhatikan rajah di bawah untuk penjelasan lanjut.
 

As easy as ABC, maka kami buatkan penjelasan tentang KTN secara lebih mudah menggunakan visual description. Tengok jangan tak tengok, baca jangan tak baca : )
NAMA
MAKLUMAT

Digubal
§  berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang,Perak dan Selangor
sebelum 1 Januari 1966)
§  pada tahun 1963 dan dikuatkuasa pada 1 Januari 1966.

Tujuan
hapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka.

Kesan
kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1 Januari 1996 . Ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai sistem Torrens. (Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan undang-undang tanahnya sendiri).


Got It ? Simple sangat kan..hehehe. Penting untuk kita tahu tentang KTN dan Akta KTN sebab ianya asas undang-undang tanah negara kita. What if someday org asing tanya kita tentang sistem pentadbiran tanah Malaysia dan kita masih blurr time tu?
MALU LA. BENDA SIMPLE PUN TAK TAHU

2.  SISTEM TORRENS

Awak semua nampak tak map kat atas ni ? Kalau yg belum tahu lagi, Sistem Torrens berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan dengan mengambil sempena Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan dalam tahun1858. Kemudiannya ia berkembang ke seluruh Australia dan kepada banyak bahagian–bahagian lain dalam dunia. Hebat kan permainan dia ? Jauh merantau sistem ini sebelum diperkenalkan di Malaysia.
By the way,
APAKAH PRINSIP DI BAWAH SISTEM INI ?
PRINSIP CERMIN  + PRINSIP TABIR SISTEM TORRENS
PRINSIP CERMIN
  • mencerminkan dalam rekod apa-apa yang ada di atas tanahPerkara-perkara yang dicerminkan termasuklah: Luas tanah, letakan : (No Lot, Mukim dan Daerah) , kategori tanah , syarat nyata / jenis bangunan dan sempadan.
  •  Dikanunkan oleh KTN 1965 melalui Seksyen 340.
  • Apabila hakmilik didaftarkan, pihak pembeli akan perolehi hakmilik yg tidak boleh disangkal kecuali jika terdapat penipuan.


PRINSIP TABIR.
  • Pembeli dapatkan maklumat berkenaan hakmilik hanya dari maklumat pendaftaran. Tidak perlu melihat disebelah tadbir atau tidak perlu dibuat siasatan siapa tuan tanah sebelumnya.
  • KTN tidak mengiktiraf hakmilik ke atas tanah dgn cara pendudukan lama (adversed possession). Sungguhpun A telah menyewa tanah B selama lebih 10 tahun tahun, tidak bermakna B akn kehilangan haknya ke atas tanah itu hanya kerana A telah duduk begitu lama.
Tidak ada benda yang senang di dalam dunia melainkan kita terus berusaha mendapatkannya. Kita semua boleh belajar untuk menyukai apa yang kita anggap asing dan tidak sesuai dengan diri kita dan contoh terbaik adalah mengenai sistem pentadbiran tanah. 
Kerana apa ?
Kerana tanah adalah sebahagian dari manusia yang sgt berharga :)

                                              Bagaimana? Teruskan bacaan.


No comments:

Post a Comment