RUMAH PALING MAHAL DI DUNIA$$
Entry
kali ni kami nak bercerita sikit tentang home a.k.a rumah paling mahal di dunia. Kau tengok font
entry tuh ala-ala berhantu..(hantu duitt). First time tengok meleleh air liur…serius!!.
Sumpah lawa gila sampai kau boleh bawak berangan dalam tidur nak dapat laki
yang kaya-raya yang murah hati nak hadiahkan rumah cenggitu wehhh. Huhuhu. Berangan je lebih kan jemah ni. Ni pasal
terlebih tengok drama kat tv yang semua nak cerita pasal perempuan miskin
kahwin ngan laki super kaya laa kononnya. Orait..lets go !
NO. 5
The Penthouse at One Hyde Park
Harga rumah mewah ini adalah $ 212,000,000.00 ataupun Rm923,790,000.11.
Nak pengsan makcik dengar ! Penthouse ni dimiliki orang terkaya ke-4 di London.
Keluasan bangunan ni adalah 16,000sq. Bangunan ini lengkap dgn ciri tingkap
antipeluru, iris pengimbas dan "ruang kecemasan" untuk tujuan
keselamatan dengan British SAS mengawasi seluruh bangunan. Amazing sangat kan :
)
NO. 4
Henley Mansion
di Berkshire, Inggeris
Rumah ke-4 termahal ini pulak dimiliki oleh
jutawan Rusia dengan nilai $ 218,000,000.00 atau Rm950,915,825.60. Tak paham la
diorang yang beli rumah ni memang banyak lombong emas agaknya..fuhh!.Rumah
ala-ala istana ni berdekatan dengan Sungai Thames( Sungai Terpanjang London)
dan paling penting gaiss dia punya pemandangan yang amazing, mempunyai dua lapangan golf, sistem
keselamatan, helipad, spa, dan pawagam rumah. Struktur rumah berumur 300-tahun
lebih dengan pelbagai cerita dan menghantui masa lalu yang kelam. Scary pun ada
kan.
NO. 3
Villa Leopolda
Villa ni dibina oleh Raja Leopold II dari Belgium
pada tahun 1902, dengan 19 bilik tidur dan 50 tukang kebun penuh masa (boleh
muat satu daerah ni hehehe ). Villa super-duper yg menakjubkan ni terletak di
wilayah mewah iaitu Perancis Riviera dgn 29,000 meter persegi dan mempunyai
salah satu pantai terbaik dilihat di selatan Perancis. By the way, Bill Gates
(org terkaya di dunia) pernah jadi pemilik rumah ni ye korang..
NO. 2
Antilla
Rekod untuk rumah paling mahal di dunia
ditubuhkan pada tahun 2009 ketika India Mukesh Ambani miltibillionaire pindah
ke rumah baru mereka "Antilles" di Mumbai, India. Dibina sesuai
dengan Vaastu Shastra, istana moden seluas 570 meter, 27 tingkat dengan enam
tingkat tempat letak kereta, tingkat kesihatan dengan sauna, gym, dan
"bilik sejuk", tahap ballroom, empat taman cerita dan lantai dengan
bilik tidur dan Bilik mandi bersama dengan kakitangan sekitar 600. Setiap
lantai adalah unik dalam reka bentuk kelihatan seperti rumah yang berbeza dengan
setiap tingkat rumah berikutnya. Rumah ni berharga $ 1 billion atau Rm 4,361,044,802.64
(gigih guna money converter : (
NO. 1
Gold house
YES..ini dia saat yg kita nantikan. Top 1 Rumah
Paling Mahal Di Dunia !!. Gold House dibina dgn kos lebih dari $ 12,200,000,000
atau Rm53,174,447,966.03 (saja kasi highlight sebab
terlampau banyak smpai tak tau nak baca cane hahaha) oleh Raja Stuart Hughes Bling. Gold House terletak di sebuah lokasi
rahsia di Switzerland. Dikenali sebagai "Rumah Emas", pertama di dunia dengan 200.000 kilogram emas
asli dan kelengkapan platinum dan kelengkapan dan lantai direka khas diperbuat
daripada batu meteor dengan parutan asli tulang dinosaur T-Rex berusia 65 juta
tahun yang melekat pada setiap jubin. Jangan tak tau ye uolls yg bukan setakat
barang kemas je buat dari emas, rumah pun boleeehh.
Wokeyhhh setakat ni saje la entry pasal rumah. Whatever
it is bersyukurlah dengan apa jua keadaan kita. Jangan jadi kufur nikmat.
Please and please bersyukur tak kira macam mana keadaan or cantik ke tak rumah
kita sekarang. Atleast ada jugak tempat berteduh.Actually entry rumah paling
mahal ni just nak memberi inspirasi kepada akak-akak abang-abang kat luar sana
serta diri kami sendiri untuk rajin berusaha kalau nak dapat sesuatu. Yup,
Nothing Is Impossible.
No comments:
Post a Comment