assalamualaikum..

Saturday 5 December 2015

PECAH SEMPADAN

Kami nak habaq sikit na tentang peruntukan-peruntukan pecah sempadan dan syarat-syarat kelulusan pecah sempadan..almaklumlah belajar pun pasal pentabiran tanah so kenalah cita pasal tanah semua nih…
Firstly, tanah sempadan ni termasuklah apa-apa batu ukur, paip besi atau pepaku, pancang atau tiang kayu, tiang atau pilar konkrit atau lain-lain tanda yang digunakan bagi maksud menandakan sempadan-sempadan – Seksyen 5, KTN..Pecah sempadan ni didefinisikan sebagai Tanah hakmilik Pejabat Berdaftar atau Pejabat Tanah dipecah kepada dua atau lebih supaya tiap-tiap satu dipegang dibawah hakmilik berasingan oleh tuan punya yang sama (seorang pemilik) atau tuan punya bersama yang sama (lebih dari satu pemilik)- seksyen 135(1) KTN..
Bab 1 Bahagian 9 KTN adalah peruntukan mengenai pecah sempadan yang biasanya digunakan bagi kes-kes mudah seperti memecah sempadan tanah kepada beberapa umpukan untuk tujuan kegunaan yang sama..
Terdapat juga peruntukan-peruntukan yang lain yang boleh digunapakai seperti seksye 124A KTN iaitu permohonan serentak untuk pecah sempadan dan pengubahan syarat dan sebagainya atau seksyen 204D KTN iaitu penyerahan dan pemberimilikan semula – peruntukan-peruntukan khas.
Antara syarat-syarat kelulusan pecah sempadan dibawah seksyen 136(1) KTN adalah:-
·         Tidak melanggar sekatan kepentingan.
·         Tidak bertentangan dengan undang-undang lain yang berkuatkuasa.
·         Kelulusan pihak berkuasa perancangan.
·         Tidak berlawanan dengan apa-apa rancangan yang diluluskan oleh PBN atau pihak berkuasa perancangan.
·         Pemilik bersetuju delam permohonannya kawasan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan untuk tujuan awam.
Kuasa yang meluluskan permohonan:-
1.      Sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 135(2) KTN, sekiranya tiada arahan yang berlawanan oleh PBN, maka tiada kelulusan pecah sempadan hendaklah diberikan oleh PTG bagi tanah yang dipegang dibawah hakmilik pebdaftar dan oleh Pentadbir Tanah bagi tanah yang dipegang dibawah hakmilik pejabat tanah.
2.      Jika terdapat arahan yang berlawanan dari PBN bermakna kelulusan pecah sempadan adalah oleh PBN sendiri atau wakilnya.


Kami harap la pengisian tentang pecah sempadan sedikit membantu menambahkan pengetahuan tentang peruntukkan-peruntukan pecah sempadan.



No comments:

Post a Comment