assalamualaikum..

Saturday, 5 December 2015

TEMA-TEMA DINNER

Assalamualaikum. Hi. Kami nak cerita sikit tentang tema dinner sebab ramai yang tanya macam mana nak pilih confuse nak pilih yang mana. Firstly kena lah tengok tema last year atau last 2 year punya. So tak ada lah tetamu yang nak datang tu complain "last year dah buat macam ni" tak best la, macam tade tema lain je". Jadi, pilih tema yang boleh menarik perhatian tetamu nak datang dan memeriahkan lagi majlis kita.
Antara tema-tema dinner:-
Colour Blocking
Stylo Stylista
Kesultanan Melayu ( tradisional)
Glitter and Glamour
Black and Gold
Black and White
Superheroes
Smart Casual
Masquerade
Garden
Back to School
English Style
Kenduri Kahwin
Bollywood
Rock and Roll
Remeo Juliet ( Malam pesta muda mudi)
Specky Night
Princess Night (khusus dinner perempuan sahaja)
Candle Light dinner
Maskot
Harry Potter
Arabic Night
Witch
Belanja sikit la Majlis Makan Malam Suasahabat KTF 2015. Tema Colur Blocking ( tak bloking sangat pun) hehehe tp masa ni la untuk penuhkan memori telefon dengan gambaq.

PECAH SEMPADAN

Kami nak habaq sikit na tentang peruntukan-peruntukan pecah sempadan dan syarat-syarat kelulusan pecah sempadan..almaklumlah belajar pun pasal pentabiran tanah so kenalah cita pasal tanah semua nih…
Firstly, tanah sempadan ni termasuklah apa-apa batu ukur, paip besi atau pepaku, pancang atau tiang kayu, tiang atau pilar konkrit atau lain-lain tanda yang digunakan bagi maksud menandakan sempadan-sempadan – Seksyen 5, KTN..Pecah sempadan ni didefinisikan sebagai Tanah hakmilik Pejabat Berdaftar atau Pejabat Tanah dipecah kepada dua atau lebih supaya tiap-tiap satu dipegang dibawah hakmilik berasingan oleh tuan punya yang sama (seorang pemilik) atau tuan punya bersama yang sama (lebih dari satu pemilik)- seksyen 135(1) KTN..
Bab 1 Bahagian 9 KTN adalah peruntukan mengenai pecah sempadan yang biasanya digunakan bagi kes-kes mudah seperti memecah sempadan tanah kepada beberapa umpukan untuk tujuan kegunaan yang sama..
Terdapat juga peruntukan-peruntukan yang lain yang boleh digunapakai seperti seksye 124A KTN iaitu permohonan serentak untuk pecah sempadan dan pengubahan syarat dan sebagainya atau seksyen 204D KTN iaitu penyerahan dan pemberimilikan semula – peruntukan-peruntukan khas.
Antara syarat-syarat kelulusan pecah sempadan dibawah seksyen 136(1) KTN adalah:-
·         Tidak melanggar sekatan kepentingan.
·         Tidak bertentangan dengan undang-undang lain yang berkuatkuasa.
·         Kelulusan pihak berkuasa perancangan.
·         Tidak berlawanan dengan apa-apa rancangan yang diluluskan oleh PBN atau pihak berkuasa perancangan.
·         Pemilik bersetuju delam permohonannya kawasan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan untuk tujuan awam.
Kuasa yang meluluskan permohonan:-
1.      Sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 135(2) KTN, sekiranya tiada arahan yang berlawanan oleh PBN, maka tiada kelulusan pecah sempadan hendaklah diberikan oleh PTG bagi tanah yang dipegang dibawah hakmilik pebdaftar dan oleh Pentadbir Tanah bagi tanah yang dipegang dibawah hakmilik pejabat tanah.
2.      Jika terdapat arahan yang berlawanan dari PBN bermakna kelulusan pecah sempadan adalah oleh PBN sendiri atau wakilnya.


Kami harap la pengisian tentang pecah sempadan sedikit membantu menambahkan pengetahuan tentang peruntukkan-peruntukan pecah sempadan.



Infrastuktur Data Spatial

Hai korang…kali ni nak cite pasal infrastruktur data spatial..before tu kena la faham beberapa istilah atau pengertian apa yang dikatakan dengan data spatial. 
Data spatial adalah data berasaskan ruang dimana menunjukkan lokasi objek tertentu di atas  permukaan bumi dalam konteks ruang dan lokasi. 
Data geospatial pula adalah data tentang lokasi geografi, dimensi atau ukuran, dan/atau ciri-ciri objek alam dan/atau buatan manusia yang berada di bawah, pada, atau di atas permukaan bumi. Infrastruktur data spatial (SDI) adalah pelaksanaan  infrasturktur data dalam keerangka data geografi, metadata, pengguna dan alat secara interaktif berhubung dengan rangka penggunaan data spatial yang efisien dan fleksibel. Maksud lainnya adalah proses integrasi di antara teknologi, dasar, piawaian, su,ber dan aktiviti yang diperlukan lainnya untuk mendapatkan, mengolah, menggunakan, mengelola serta menjaga data spatial.

3 elemen spatial:-
1) Titik (points) - elemen yang paling ringkas 
2) Garisan (Lines) - suatu set titik yang bersambung
3) Poligon (Polygon) - suatu set garis yang bersambung

Kenapa SDI diperlukan????

·         Needs (Keperluan) – keperluan data spatial sangat penting dalam perancangan pe,bangunan pada hampr semua sektor
·         Efficiency (Keberkesanan) – banyak pihak baik agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang melaklukan aktiviti perolehan, penggunaan dan pegedaran data spatial berasingan.

·         Transparency (Ketelusan) – kebanyakkan sata spatial merupakan data-data yang dikongsi secara umum sebagai sebahagian daripada ketelusan.

Wednesday, 2 December 2015

PERKARA YANG ANDA LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA TENTANG TANAH.
1.   UNDANG-UNDANG.
Yes..first and foremost, undang-undang tanah yang paling utama di Semenanjung Malaysia adalah Kanun Tanah Negara (berkuatkuasa pada 1 Jan 1966 ). Kalau kita flashback sikit tentang sistem pemegangan tanah di Malaysia, sebelum 1 Jan 1966,  11 buah negeri Semenanjung Malaysia ada 2 sistem pemegangan tanah yg berbeza.
Berbeza yg bagaimana ?
Perhatikan rajah di bawah untuk penjelasan lanjut.
 

As easy as ABC, maka kami buatkan penjelasan tentang KTN secara lebih mudah menggunakan visual description. Tengok jangan tak tengok, baca jangan tak baca : )
NAMA
MAKLUMAT

Digubal
§  berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang,Perak dan Selangor
sebelum 1 Januari 1966)
§  pada tahun 1963 dan dikuatkuasa pada 1 Januari 1966.

Tujuan
hapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka.

Kesan
kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1 Januari 1996 . Ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai sistem Torrens. (Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan undang-undang tanahnya sendiri).


Got It ? Simple sangat kan..hehehe. Penting untuk kita tahu tentang KTN dan Akta KTN sebab ianya asas undang-undang tanah negara kita. What if someday org asing tanya kita tentang sistem pentadbiran tanah Malaysia dan kita masih blurr time tu?
MALU LA. BENDA SIMPLE PUN TAK TAHU

2.  SISTEM TORRENS

Awak semua nampak tak map kat atas ni ? Kalau yg belum tahu lagi, Sistem Torrens berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan dengan mengambil sempena Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan dalam tahun1858. Kemudiannya ia berkembang ke seluruh Australia dan kepada banyak bahagian–bahagian lain dalam dunia. Hebat kan permainan dia ? Jauh merantau sistem ini sebelum diperkenalkan di Malaysia.
By the way,
APAKAH PRINSIP DI BAWAH SISTEM INI ?
PRINSIP CERMIN  + PRINSIP TABIR SISTEM TORRENS
PRINSIP CERMIN
  • mencerminkan dalam rekod apa-apa yang ada di atas tanahPerkara-perkara yang dicerminkan termasuklah: Luas tanah, letakan : (No Lot, Mukim dan Daerah) , kategori tanah , syarat nyata / jenis bangunan dan sempadan.
  •  Dikanunkan oleh KTN 1965 melalui Seksyen 340.
  • Apabila hakmilik didaftarkan, pihak pembeli akan perolehi hakmilik yg tidak boleh disangkal kecuali jika terdapat penipuan.


PRINSIP TABIR.
  • Pembeli dapatkan maklumat berkenaan hakmilik hanya dari maklumat pendaftaran. Tidak perlu melihat disebelah tadbir atau tidak perlu dibuat siasatan siapa tuan tanah sebelumnya.
  • KTN tidak mengiktiraf hakmilik ke atas tanah dgn cara pendudukan lama (adversed possession). Sungguhpun A telah menyewa tanah B selama lebih 10 tahun tahun, tidak bermakna B akn kehilangan haknya ke atas tanah itu hanya kerana A telah duduk begitu lama.
Tidak ada benda yang senang di dalam dunia melainkan kita terus berusaha mendapatkannya. Kita semua boleh belajar untuk menyukai apa yang kita anggap asing dan tidak sesuai dengan diri kita dan contoh terbaik adalah mengenai sistem pentadbiran tanah. 
Kerana apa ?
Kerana tanah adalah sebahagian dari manusia yang sgt berharga :)

                                              Bagaimana? Teruskan bacaan.


assalamualaikum semua!!! hai...hari ni admin nak kongsi sikit..
mmm..sebenarnya kann..lebih kepada peringatan untuk diri..
admin ada dengar satu tazkirah mengenai hati...ya..hati manusia..

manusia ni kalau hati dia kotor 
dia akan cerita keburukan orang,
kalau hati dia bersih,
 dia tak suka cerita

jadi kalau kita nak kenal hati ni bersih atau tak..
tengok sama ada kita suka cerita buruk orang 
atau tumpang dengar

maka dengan itu tahulah hati itu bersih atau tidak...
maka dengan itu marilah kita muhasabah diri sebelum tidur.. jangan lupa maafkan orang sebelum kita tidur..bye semua... assalamualaikum